2020

Nikmat Air Idaman Rohingya

34 Buah Keluarga Muslim Rohingya Bersyukur Bantuan Telaga Air Untuk Mereka Sittwe 15 Januari 2020 : Walaupun perhatian masyarakat dunia terhadap krisis kemanusiaan di Arakan semakin pudar, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) tetap menyampaikan bantuan semampu yang mungkin demi mengurangkan penderitaan mereka. Sebanyak 2 buah telaga wakaf sumbangan awam telah dibina untuk pelarian Rohingya di kawasan …

Nikmat Air Idaman Rohingya Read More »

Praktikal Dakwah Untuk Anak-Anak Pedalaman

Pelajar-pelajar Pusat Dakwah Serantau (PDS) sekarang ini sedang menjalani Rancangan Orientasi Pra Sekolah (ROS) di beberapa buah Pusat Asuhan Tunas Islam sekitar Bangi, Puchong, Putrajaya dan Gombak. Program ROS ini adalah lanjutan dari Kursus Pra Sekolah bulan Disember yang lalu. ROS adalah pendedahan awal kepada para pelajar PDS yang bakal menjadi guru di Tadika Amal …

Praktikal Dakwah Untuk Anak-Anak Pedalaman Read More »

Kelas Teknik Marketing Viral

Pada 11 Januari 2020 yang lalu, Yayasan Amal Malaysia telah menganjurkan sebuah Bengkel “Kelas Teknik Marketing Viral”. Bengkel kali pertama ini bertujuan memperkenalkan para peserta mengenai teknik pemasaran  viral yang tidak mengunakan modal atau lebih dikenali sebagai ‘zero cost marketing‘.

Sinar Keterujaan Non Muslim Terima Mesej Islam

11 Jan 2020: Mengambil ibrah para Rasul terdahulu yang menyampaikan dakwah secara terus di lorong -lorong dan jalanan, AMAL Cawangan Perak bersama Gerakan Sukarelawan Dakwah Taiping (GSDT) dan IDT Penang berkolaborasi mengadakan aktiviti street dakwah di kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Pekan Pantai Remis, Perak. Pengerusi AMAL Cawangan Perak, Cikgu Mohamad Bin Aman berkata, …

Sinar Keterujaan Non Muslim Terima Mesej Islam Read More »

24 Telaga Tiub Untuk Umat Islam Di Kemboja

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang berjaya menyiapkan 24 telaga tiub di beberapa perkampungan Islam di Kemboja hasil daripada wakaf orang ramai sepanjang tahun lalu. Timbalan Pengerusinya, Zainal Abidin Mohamad berkata, kesemua kemudahan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM36,000. Menurutnya, sebanyak 18 telaga tiub dibina pada misi bantuan ke negara berkenaan yang disertai empat ahli jawatankuasa yayasan …

24 Telaga Tiub Untuk Umat Islam Di Kemboja Read More »

Misi menyelamat akidah ummah (Siri Kedua)

Sumber: https://www.facebook.com/866556050049181/posts/2802427759795324/ KAMI bertolak awal meninggalkan Traveller Inn sekitar jam lapan pagi. Pemandu van membawa kami untuk bersarapan di sekitar kawasan Masjid Hidayah. Di hadapan dan keliling masjid para peniaga Islam menjual pelbagai jenis makanan tempatan yang enak dan menyelerakan. Tinggal lagi semuanya terasa pedas sahaja bagiku. Usai mencuba beberapa menu tempatan seperti Khau Soy (seakan-akan …

Misi menyelamat akidah ummah (Siri Kedua) Read More »

Kisah Di Tepi Sungai : Rakan Jalanan

Dalam sesi ziarah ke ‘kediaman’ rakan jalanan yang terletak di tepi sungai klang, aku sempat berbual dengan Yanti, seorang warga indonesia. Dahulu beliau pernah bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang majikan berbangsa Cina. Beliau ceritakan padaku betapa seksanya bekerja dengan majikannya. Pernah tidak diberi makan selama sebulan. Tidak dibenarkan solat, tidur tak mencukupi. Setiap malam …

Kisah Di Tepi Sungai : Rakan Jalanan Read More »