SEJARAH PENUBUHAN
Cadangan penubuhan Amal Malaysia dicetuskan oleh presidennya sendiri, Hj. Husin Ismail melalui kertas cadangan penubuhannya pada tahun 2001. Tanggal 30 Mei 2001, penubuhannya telah disah dan didaftarkan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor rujukan 514 beralamat di no. 484, Jalan Sultan Mahmud, Gong Kapas, Kuala Terengganu. Yayasan Amal Malaysia mula bergerak menabur bakti, mencipta rentak dan irama ke pelusuk negara dan dunia. Sehingga kini, ia mempunyai lebih daripada 3,000 orang ahli sukarelawan berdaftar. Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan – Beramal Kerana Allah” serta kegigihan semangat dan kerja sahabat relawan, Amal Malaysia telah berjaya menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara di peringkat Antarabangsa.
Majlis perasmian Yayasan Amal Malaysia (Amal) oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Penubuhan Yayasan Amal Malaysia berlangsung di Kem Pengakap Telaga Batin, Kuala Terengganu pada bulan November 2001.
Aktiviti Yayasan Amal Malaysia tidak hanya berorientasikan kebajikan semata-mata, tapi ia juga bergerak atas kesedaran kebajikan sesama insan. Aktiviti amal kebajikan merupakan sebahagian daripada dakwah dalam bentuk Lisanul Hal. Pelbagai misi kemanusiaan dan dakwah telah dilakukan seperti ke kawasan Pedalaman di Sabah, Sarawak dan perkampungan Orang Asli. Yayasan Amal Malaysia akan sentiasa proaktif dalam menangani isu-isu kecemasan seperti memberi bantuan kepada mangsa bencana alam atau buatan manusia seperti perang, penindasan, penindasan, pengusiran dan banyak lagi. Yayasan Amal Malaysia juga terus aktif menjalankan projek pembangunan dan pemulihan seperti pembangunan pusat pendidikan & latihan, penyediaan air bersih & sanitasi dan penjagaan kesihatan. Kami berharap dapat terus maju dan maju dalam memupuk perdamaian global dan menyelesaikan masalah yang menimpa masyarakat dunia.
2 DEKAD DI DALAM ARENA KEMANUSIAAN
- Idea penubuhan ini diluluskan dan usaha untuk mendaftarkannya sebagai sebuah pertubuhan sah yang berdaftar dimulakan.
- Jawatankuasa pemandu memutuskan Yayasan Amal Malaysia sebagai nama pertubuhan yang akan didaftarkan
- Tanggal 30 Mei 2001, penubuhannya telah disah dan didaftarkan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor rujukan 514 beralamat di no. 484, Jalan Sultan Mahmud, Gong Kapas, Kuala Terengganu.
- Majlis pelancaran Yayasan Amal Malaysia diadakan dengan gemilangnya di Telok Ketapang, Terengganu pada 11 Nov 2001 dan disempurnakan oleh Almarhum Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai perasminya
- Yayasan Amal Malaysia memulakan usaha mengembangkan operasinya di setiap negeri di Malaysia. Tanggal 28 Februari 2002, Yayasan Amal Malaysia telah berjaya mendaftarkan sebahagian besar Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri – Negeri sebagai pertubuhan sah berdaftar
- Yayasan Amal Malaysia mengorak Langkah dan membina pengaruh di seluruh negeri melalui Cawangan-cawangan yang ditubuhkan
- Tragedi Tsunami Acheh yang berlaku pada 26 Dis 2004 menggemparkan seluruh dunia. Yayasan Amal Malaysia memulakan langkah pertama ke luar negara dengan melancarkan dana bantuan mangsa tsunami dan menghantar sukarelawan untuk meninjau keperluan bantuan yang utama
- Bencana alam tsunami Acheh ini banyak mengubah perspektif Yayasan Amal Malaysia tentang dakwah dan kesepaduan gerak kerja. Pada waktu tersebut, NGO dari seluruh pelusuk dunia hadir ke Acheh untuk menyampaikan bantuan. NGO – NGO Luar Negara yang lain sangat banyak yang membantu mangsa tsunami namun mereka pergerakan mereka sangat tersusun dan fokus kepada 3 jenis pendekatan bantuan iaitu perubatan , air bersih dan pendidikan. Perkara ini memberi impak besar besar tentang kepentingan dakwah bil hal untuk menarik orang kepada Islam dan keperluan untuk mengkaderkan pendakwah – pendakwah yang aktif berdakwah di lapangan.
- Khidmat bakti Yayasan Amal Malaysia menjadi batu loncatan kepada pelbagai misi kemanusiaan di luar negara.
- Bencana gempa bumi Balakot, Pakistan terjadi pada 8 Oktober 2005. Yayasan Amal Malaysia melancarkan bantuan kutipan sumbangan kewangan dan menghantar sukarelawan ke lokasi kejadian pada bulan November 2005
- Kerja – kerja rehabilitasi bencana Tsunami Acheh diteruskan khususnya di Meulaboh
- Bencana gempa bumi Jogjakarta, Indonesia berlaku pada 27 Mei 2006. Yayasan Amal Malaysia menghantar sukarelawan ke lokasi kejadian dan melancarkan kutipan sumbangan.
- Tahun ini merakamkan tragedi konflik peperangan antara Hizbullah dan Israel yang berlaku di Lubnan pada 12 Julai 2006. Ramai rakyat Lubnan terkesan fizikal dan mental akibat konflik peperangan ini. Yayasan Amal Malaysia melancarkan bantuan sumbangan dan menghantar kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang
- Kolaborasi bersama Jabatan Mufti Kemboja untuk program korban, perubatan, berkhatan dan khidmat masyarakat pada 30 Dis – 4 Jan 2007
- 11 Mac 2007 merakamkan tarikh signifikan kepada YAM dengan pelancaran Klinik Bergerakdi Klang. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor
- Yayasan Amal Malaysia mendapat kepercayaan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membantu menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir pantai Timur dengan jumlah bantuan RM 1 Juta.
- Misi kemanusiaan gempa bumi di Bengkulu, Sumatera, Indonesia pada 23 – 27 Sept 2007
- Menyantuni mangsa ribut taufan Sidr yang terjadi di Teluk Benggala, Bangladesh pada 6 – 12 Dis 2007
- Yayasan Amal Malaysia turut mengadakan misi berkhatan untuk anak – anak Cambodia & Vietnam pada 19 – 24 Disember 2007
- Yayasan Amal Malaysia mula meneroka potensi dakwah di pedalaman Sabah dan Sarawak melalui penganjuran aktiviti seperti program kesihatan di Beladin.
- Mencatat sejarah baru dengan mengorak langkah baru buat YAM apabila pejabat pentadbirannya berpindah dari Kuala Terengganu ke Batu Caves, Selangor.
- Menyantuni mangsa ribut taufan Nargis yang terjadi di Myanmar pada 12 – 16 Mei 2008
- Yayasan Amal Malaysia terlibat di dalam misi menyantuni mangsa gempa bumi di Sichuan, China pada 27 Mei 2008
- Mengadakan misi ibadah korban dan khidmat masyarakat di Cotabato, Filipina pada 4 – 7 Nov 2008
- Yayasan Amal Malaysia meneruskan usaha dakwah di pedalaman menerusi aktiviti misi ziarah Ramadan di pedalaman Sabah pada 20 – 25 Sept 2008
- Yayasan Amal Malaysia mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Luar apabila dilantik bersama 14 buah NGO lain untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin
- Yayasan Amal Malaysia terlibat dalam misi bantuan “Gaza Freedom Flotilla”Mavi Marmara melalui wakilnya Tn Haji Jamuliddin Elias. Misi bantuan iniakan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai misi berdarah kerana kapal membawa muatan barangan bantuan telah diserang hendap oleh tentera Zionis di perairan Turki dan menyebabkan kematian 9 orang sukarelawan daripada Turki.
- Pusat Dakwah Serantau ditubuhkan pada Jun 2010 dengan pengambilan pelajar generasi pertama seramai 21 orang
- Terlibat pertama kali dalam Persidangan 19th International Congress of The Union of Muslim Communities. Dalam persidangan ini, YAM membentangkan cadangan “International Islamic Forum of Muslim Based Relief and Welfare NGOs” sebagai langkah pertama kearah penubuhan IFRD
- Misi Kembara Dakwah ke Thailand & Laos bermuda bulan Februari sehingga Mac 2011
- Majlis Graduasi PDS kali pertama telah berlangsung di ILIM, Bangi pada Ogos 2011
- IRFD Leaders Summit 2011 – (International Federation For Relief & Development) berlangsung di Ampang, Selangor
- Persidangan Ancaman Kesihatan Gaza yang berlangsung selama 3 hari iaitu 28-30 April 2012 bertempat di Kaherah, Mesir
- Majlis Pelancaran AMALNITA yang dilancarkan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Halimah Ali di PKNS, Shah Alam pada Mei 2012
- Yayasan Amal Malaysia menyertai Community Services Program bersama Mahasiswa Fakulti Perubatan USM berlangsung pada tarikh 11 sehingga 15 Jun di Mindanao, Filipina
- Penggambaran Filem Dokumenteri – Dakwah Tanpa Sempadan berlangsung 1 sehinga 6 Mac 2013 di Sabah.
- Yayasan Amal Malaysia telah menyertai Persidangan Gerakan Islam Antarabangsa anjuran ESSAM (Economic and Social Researches Center) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bulan Mei 2013 di Istanbul, Turkey.
- Kunjungan Hormat Gabenor Acheh pada 2 Oktober 2013
- Yayasan Amal Malaysia menghulurkan bantuan banjir bagi mengurangi beban yang dihadapi oleh mangsa banjir ke Kemaman dan Kuantan Pahang pada Disember 2013
- Yayasan Amal Malaysia telah menghantar wakil bagi menghadiri Persidangan ESSAM(Economic and Social Researches Center) di Turkey pada 29 Mei 2014.
- Yayasan Amal Malaysia telah menganjurkan mesyuarat pertama IRFD di Kota Bharu, Kelantan pada September 2015
- Seminar Antarabangsa Rehabilitasi Palestin di Doha, Qatar pada 20 November 2014
- Konsert Amal Sinar Perjuangan Palestin Gaza Palestin bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK)
- Bantuan mangsa-mangsa gempa bumi di Nepal.
- Yayasan Amal Malaysia telah menganjurkan permukiman bagi membincangkan halatuju untuk menjadi NGO Kebajikan pilihan dunia menjelang 2025 di Jugra, Banting
- Bantuan Kemanusiaan ke Arakan, Myanmar bagi membantu mangsa-mangsa pembasmian etnik pada Julai 2015