Pada 11 Januari 2020 yang lalu, Yayasan Amal Malaysia telah menganjurkan sebuah Bengkel “Kelas Teknik Marketing Viral”. Bengkel kali pertama ini bertujuan memperkenalkan para peserta mengenai teknik pemasaran viral yang tidak mengunakan modal atau lebih dikenali sebagai ‘zero cost marketing‘.
Bengkel ini bermula pada 10 pagi hingga 2.00 petang dihadiri oleh 15 orang peserta yang terdiri di kalangan staff Yayasan Amal dan Perunding AMAL Qurban.
Pihak Yayasan Amal Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan mereka yang membantu menjayakan program ini.
Jabatan Kewangan & Penjanaan Dana
Yayasan Amal Malaysia