Q&A Tentang Yayasan Amal Malaysia

Q1. Siapakah Yayasan Amal Malaysia?

Yayasan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai AMAL MALAYSIA ialah sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Registry of Society (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia). No Pertubuhan di bawah ROS ialah PPM-10-014-30052001.

Gerakkerja AMAL MALAYSIA adalah berorientasikan kebajikan dan meliputi seluruh dunia. Moto AMAL MALAYSIA ialah “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”.

Q2. Bagaimana sekiranya saya ingin memberi sumbangan kepada Yayasan Amal Malaysia?

Anda boleh memberi sumbangan kepada Yayasan Amal Malaysia melalui akaun berikut :

Bank Islam (13053010003149)
Bank Muamalat (13010002499715)
Maybank (553010122090)
CIMB Bank (8600296190)

Q3. Bagaimanakah saya boleh mengikuti perkembangan Yayasan Amal Malaysia?

Anda boleh mengikuti perkembangan YAYASAN AMAL MALAYSIA di Facebook Page AMAL MALAYSIA untuk aktiviti-aktiviti terkini yang dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia. Selain dari itu, anda boleh melayari website AMAL MALAYSIA di www.amalmalaysia.org.my

Anda juga boleh ke pejabat sementara AMAL MALAYSIA yang bertempat di Lot 4459 Jalan Haji Mohd Amin, 43000 Kajang Selangor.

Q4. Apakah bentuk aktiviti atau program yang Yayasan Amal Malaysia terlibat?

AMAL MALAYSIA terlibat dengan aktiviti-aktiviti dan juga program-program berorientasikan kebajikan serta kemanusiaan.

Sekiranya terdapat bencana di dalam dan luar negara, AMAL MALAYSIA akan menghulurkan bantuan surelawan atau barangan sumbangan.

Sekiranya bencana berlaku di luar negara, AMAL MALAYSIA akan berhubung dengan rakan strategik NGO iaitu International Federation for Relief and Development (IFRD).

Q5. Adakah Yayasan Amal Malaysia beroperasi di dalam Malaysia sahaja?

Ibu pejabat AMAL MALAYSIA bertempat di Lot 4459 Lorong Hj Mohd Amin, Sg Merab Luar, 43000 Kajang Selangor.

Kebanyakan operasi AMAL MALAYSIA dilakukan di dalam negara dan sebahagiannya di luar negara. Operasi di dalam Malaysia dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia peringkat cawangan.

Q6. Saya seorang pekerja sepenuh masa, bagaimana saya ingin memberi sumbangan tenaga kepada Yayasan Amal Malaysia?

Walaupun anda seorang pekerja sepenuh masa, namun anda masih boleh memberikan sumbangan tenaga, kewangan mahupun barangan.

Untuk memberi sumbangan tenaga, anda boleh menyertai RELAWAN AMAL

Antara program-program yang dijalankan oleh relawan AMAL adalah seperti memberi sumbangan kepada gelandangan, melaksanakan Misi Ziarah Mahabbah ke Sabah dan Sarawak, menyantuni mualaf, orang miskin  dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus pejabat di talian +603-89280660 atau +6011-6198 9358 (Whatsapp sahaja)

Q7. Apakah syarat-syarat untuk menjadi sukarelawan Yayasan Amal Malaysia?

Untuk menjadi relawan AMAL Malaysia, tiada syarat-syarat khusus dikenakan dan terbuka kepada semua bangsa dan agama

Q8. Apakah kelebihan/merit yang dapat saya perolehi sekiranya saya menjadi relawan Yayasan Amal Malaysia?

Antara kelebihan menjadi relawan AMAL , berpeluang untuk bersama untuk sertai dalam  aktiviti kemanusiaan di dalam negara dan luar negara dalam menyantuni kehidupan masyarakat miskin,daif serta hidup serba kekurangan daripada masyarakat yang biasa.

Q9. Saya mempunyai barang-barang yang ingin disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Apa yang perlu saya lakukan?

Anda boleh salurkan kepada mana-mana sukarelawan atau kakitangan AMAL MALAYSIA atau hantar sendiri ke pejabat AMAL MALAYSIA di Sungai Merab Luar,Kajang Selangor.

Q10. Saya tinggal di luar Kuala Lumpur/Selangor. Bolehkah saya menyertai Yayasan Amal Malaysia?

Sudah tentu boleh! Sekiranya anda orang Sabah, anda boleh menyertai Relawan Amal cawangan Sabah. Sekiranya anda orang Johor, anda boleh menyertai Relawan Amal Johor. Kesimpulan, anda boleh menyertai Relawan Amal negeri sekiranya tuan tinggal di negeri luar Kuala Lumpur/Selangor.

Q11. Apakah produk yang menjadi “jenama” Yayasan Amal Malaysia?

Yayasan Amal Malaysia mempunyai EMPAT (4) projek berimpak tinggi yang menjadi sasaran untuk dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Antaranya ialah Human Development Academy (HUDA), Education for Better Future (Edu4BetterFuture), Water for Life (Water4Life), dan AmalDoktor

Keempat-empat produk ini diaplikasikan untuk membantu komunti yang sangat memerlukan terutamanya di negara dunia ketiga.