Dermawan Budiman AMAL merupakan satu kempen untuk penyumbang yang berminat untuk memberi sedekah secara bulanan. ini Kempen ini bertujuan untuk mendidik jiwa masyarakat untuk terus istiqamah dalam bersedekah dalam masa yang sama menjadikan amalan sedekah ini amalan berpanjangan.
Infaq anda akan disalurkan untuk aktiviti kebajikan, dakwah dan kemanusiaan yang dikelola oleh Yayasan Amal Malaysia. Bagi memudahkan para penyumbang, Yayasan Amal Malaysia menyediakan fungsi potongan bulanan terus daripada akaun bank secara bulanan.
Daripada Saiditina Aisyah R.A, Rasullah S.AW bersabda وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit. (Hadis Riwayat Bukhari)
Dengan menggunakan platform (Dikuasakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad) segala transaksi & maklumat penderma adalah selamat. InfaqPay mempunyai sijil patuh syariah bagi memastikan aliran proses dan sistem pembayaran ini patuh kepada syariah. Berikut merupakan senarai Bank yang menyokong sistem InfaqPay
Individu yang ingin menyumbang boleh ke halaman pembayaran yang khusus (https://infaqpay.my/go/yayasanamalmalaysia) untuk setiap pelanggan untuk mendaftarkan diri sebagai penyumbang. Peserta perlu mengisi nama penuh, no IC, no telefon, dan email.
∇
LANGKAH 2
Potongan Bulanan
Duit sumbangan akan ditolak daripada akaun Simpanan atau Semasa yang didaftarkan oleh penyumbang pada setiap bulan.
∇
LANGKAH 3
Laporan Semasa
Pelanggan akan menerima laporan dan rekod pembayaran sumbangan semasa melalui email yang didaftarkan.
∇
LANGKAH 4
Kemaskini Terkini
Penyumbang akan sentiasa mengetahui perkembangan dan pemberitahuan bayaran melalui email yang didaftarkan.
Kami sedia membantu anda yang ingin memberi sumbangan. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi wakil kami di talian +6011-6198 9358 (Whatsapp sahaja)