SAMBUTAN 2 DEKAD (20 TAHUN) YAYASAN AMAL MALAYSIA

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah swt atas rahmat Islam, Iman dan di atas kesepakatan kerja kebajikan Lillah buat semua keluarga Yayasan Amal Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W, para sahabat, syuhada’, tabien, tabi’ tabien yang menjunjung risalah yang besar ini sampai hari kiamat.

Sambutan 20 tahun penubuhan Yayasan Amal Malaysia ini akan diadakan do pejabat baru Yayasan Amal Malaysia di Labohan Dagan, Banting ini di mana terletaknya impian untuk memperkasakan kesepakatan kita menuju cita, “To Be The World Preferred Charity Ngo By The Year 2025”, membaiki yang kurang, memperkukuhkan yang lemah. Semoga kita benar-benar dapat memberikan tumpuan fokus kita kepada agenda pemerkasaan di semua peringkat organisasi kesayangan kita ini.

Visi pada tahun 2025 masih berbaki 4 tahun lagi. Kunci utama kejayaan kita mencapai visi adakah komitmen, ukhuwah & kekeluargaan, kesepakatan kerja, telus, struktur organisasi yang benar-benar berwibawa, berbudaya kerja dan “mindsetting yang mendokong”.

 Sambutan 20 tahun Yayasan Amal Malaysia di persada dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan. Pada 17 hingga 19 March 2022, dalam tarikh ini , bersama dengan para ahli dan relawan yang selama ini mendokong organisasi, kita akan meraikan sambutan 20 tahun penubuhan organisasi yang kita cintai ini.

Sepanjang 20 tahun yang kita telah lalui ini dengan segala jerit perihnya, marilah kita benar – benar memuhasabah, apakah cogan kata “ Beramal Kerana Allah” itu benar – benar telah terpasak kukuh dalam jiwa kita. Mengenang kembali rakan – rakan seperjuangan kita yang telah membenarkan janji mereka untuk terus beristiqamah dengan amal kebajikan sehingga ke akhir hayat mereka di sepanjang umur perjuangan ini, pastinya akan menjadikan kita kembali teguh dan utuh dengan kerja kebajikan yang tidak akan berpenghujung.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama dalam tempoh 20  tahun ini serta pihak – pihak yang menjayakan Sambutan Hari Terbuka ini.

Semoga usaha kita diberkati dan diganjari Allah swt berganda.

Siiru `ala barokatillah.

 Akhukum Fillah,

Haji Hussin Bin Ismail 

Presiden, Yayasan Amal Malaysia