Pelajar-pelajar Pusat Dakwah Serantau (PDS) sekarang ini sedang menjalani Rancangan Orientasi Pra Sekolah (ROS) di beberapa buah Pusat Asuhan Tunas Islam sekitar Bangi, Puchong, Putrajaya dan Gombak. Program ROS ini adalah lanjutan dari Kursus Pra Sekolah bulan Disember yang lalu.
ROS adalah pendedahan awal kepada para pelajar PDS yang bakal menjadi guru di Tadika Amal Hidayah dibawah NGO Yayasan Amal Malaysia yang terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak nanti. Sepanjang ROS para pelajar akan didedahkan dengan situasi sebenar alam pendidikan pra persekolahan, bermula dengan cara pengurusan & pentadbiran sekolah, pengurusan kelas, pembelajaran dan sebagainya.
Selain membuat pemerhatian situasi alam persekolahan, mereka juga diberi peluang berinteraksi dengan murid-murid melalui Pengajaran & Pembelajaran dalam kelas.
Melalui aktiviti ROS, secara tidak langsung, para pelajar PDS akan terdidik dengan sifat penyayang, penyabar, tabah dan cekal. Sifat inilah yang mesti dijiwai oleh setiap pendakwah dan pendidik.
Support & Like FB : www.fb.com/PusatDakwahSerantau
Bagi dermawan yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan di akaun berikut:
Pusat Dakwah Serantau-YAM
[Bank Muamalat]
12100001008710