Sinar Keterujaan Non Muslim Terima Mesej Islam

11 Jan 2020: Mengambil ibrah para Rasul terdahulu yang menyampaikan dakwah secara terus di lorong -lorong dan jalanan, AMAL Cawangan Perak bersama Gerakan Sukarelawan Dakwah Taiping (GSDT) dan IDT Penang berkolaborasi mengadakan aktiviti street dakwah di kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Pekan Pantai Remis, Perak.

Pengerusi AMAL Cawangan Perak, Cikgu Mohamad Bin Aman berkata, penyampaian mesej Islam secara terus tapi santai ini berjaya membuka mata sebahagian besar komuniti non muslim ini berkenaan agama Islam yang sangat mementingkan keharmonian.
Penganjuran aktiviti ini juga sangat dibantu dengan kehadiran Brother Ben Ooi Chooi Beng dari IDT Pulau Pinang selaku pendakwah yang berpengalaman dalam dialog bersama non muslim.

             Sementara itu, Setiausaha AMAL Cawangan Perak, Saudara Muhammad Mursi yang ditemui di sini turut berkata bahawa dakwah perlu disasarkan kepada semua tanpa mengira lokasi sama ada di kota atau di pedalaman.

             AMAL Cawangan Perak dan GSDT juga dikenali dengan program Dakwah Belantara secara mingguan iaitu dakwah ke perkampungan orang asli di sekitar Perak. Orang ramai yang berminat untuk menyertai boleh terus menghubungi Cikgu Mohamad Aman di talian : 019 – 566 5666.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *