Kempen Wakaf & Hibah di Masjid Ar Ridhuan Hulu Kelang

Hulu Kelang : Jumaat lepas pasukan promosi wakaf & hibah berada di perkarangan masjid ar- ridhuan Klang. Masjid yang terkenal dengan ceramah di youtube bersama asatizah – asatizah yang terkenal.

Turut hadir Imam Muda Fakhrul memberikan motivasi mengenai Al Quran sempena Ramadhan ini kepada jemaah yang hadir. Beliau juga turut berkongsi sedikit misi Pusat Dakwah Serantau (PDS) yang bermatlamat untuk melahirkan para dai’e dari Kepulauan Borneo khususnya dan seluruh Asean amnya.

Booth kami dibanjiri puluhan jemaah yang sudi berkongsi rezeki bagi wakaf & hibah pembangunan kompleks PDS sehingga pihak kami merasakan tidak cukup tangan bagi melayani jemaah yang hadir.

Dengan berbaki 10 Ramadhan yang terakhir kami merayu kepada semua untuk bersama-sama menyumbang melalui skim wakaf & hibah kompleks PDS yang akan dibina di Labohan Dagang.

Kami ingin menjemput tuan-puan yang budiman untuk bersama memberi sumbangan hibah tanah (membeli tanah PDS dan menghadiahkan kembali kepada Yayasan Amal Malaysia yang menguruskan Pusat Dakwah Serantau)

Klik link di sini untuk maklumat lanjut mengenai Hibah Tanah – 
https://www.amalmalaysia.org.my/kompleks-pusat-dakwah-serantau-regional-dawah-centre/

Berpusu-pusu para jemaah memberi sumbangan

Terima kasih diucapkan kepada warga jemaah di Masjid Ar Ridhuan Hulu Kelang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *