Kompleks Pusat Dakwah Serantau | Regional Da'Wah Centre - Amal Malaysia

SUMBANGAN HIBAH TANAH & SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA RAMADHAN BAGI PEMBANGUNAN & OPERASI PUSAT DAKWAH SERANTAU
RM 50 BAGI 1 LOT HIBAH TANAH PDS

YAYASAN AMAL MALAYSIA

Pusat Dakwah Serantau Yayasan Amal Malaysia ditubuhkan pada tahun 2010. Pusat Dakwah Serantau (PDS) di bawah kelolaan Yayasan Amal Malaysia mengorak langkah melahiran da’ie dari kalangan masyarakat minoriti Muslim di rantau ASEAN bermula ambilan pertama pada Julai 2010 bertempat di Kampus Sementara, Kompleks Darul Irsyad, Sg. Merab Luar, Kajang, Selangor.  Kami di Yayasan Amal Malaysia ingin mengajak Tuan-Puan yang bermurah hati untuk membuat sumbangan bagi memastikan operasi dan pembangunan Pusat Dakwah Serantau berjalan dengan lancar.

 

“Demi Allah, seandainya dengan usaha kamu mengajak seseorang beriman kepada Allah, dihidayahkan Allah berhasil, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada mendapat unta merah (kekayaan dunia yang lumayan.” (HR Bukhari & Muslim)

Pusat Dakwah Serantau satu pusat yang melahirkan para dai’e yang akan pulang ke pedalaman Sabah dan Sarawak untuk mengajak lautan manusia kepada Islam.. Tugas ini bukan tugas yang mudah, tugas yang kebanyakan daripada kita tidak sanggup menggalasnya. Kerja sukarela, tanpa upah yang banyak. Sumbanglah sekadar mampu agar tugas-tugas daie ini tidak tergendala.

DENGARKAN AMANAT ALMARHUM TUAN GURU DATO’ DR HARUN DIN, MANTAN PENASIHAT MAJLIS PERUNDING PUSAT DAKWAH SERANTAU. HANYA ANDA MAMPU MENJADIKAN AMANAT BELIAU REALITI.

PEMBANGUNAN KOMPLEKS KEKAL PUSAT DAKWAH SERANTAU DI KG LABOHAN DAGANG, BANTING SELANGOR

Pihak pengurusan Yayasan Amal Malaysia sedang berusaha membangunkan kampus induk, sebuah kompleks di atas tanah berkeluasan 5 ekar di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor dengan kos pembinaan berjumlah lebih RM 26 juta.

Kami ingin menjemput tuan-puan yang budiman untuk bersama memberi sumbangan hibah tanah (membeli tanah PDS dan menghadiahkan kembali kepada Yayasan Amal Malaysia yang menguruskan Pusat Dakwah Serantau)

HANYA RM 50 BAGI 1 LOT HIBAH TANAH PDS

Sijil hibah akan diberikan kepada mereka yang membuat sumbangan. . 

Ayuh, infaqlah, tidak miskin orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah. 

AYUH, INFAQ SEKARANG!

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

– Surah al-Baqarah, ayat 261.

HULURKAN SUMBANGAN UNTUK HIBAH TANAH & INFAQ RAMADHAN DENGAN MENGISI BORANG DIBAWAH

Pembayaran adalah secara online melalui Billplz. Anda boleh membayar menggunakan cimblicks, maybank2u, rhb online, fpx dll. 

Ayuh tuan/puan sekalian, kita rebut pahala tersebut. Dengan menyumbang sebanyak mungkin agar usaha dakwah mereka berjalan hasil sumbangan tuan/puan yang mana bukan sia-sia bahkan mungkin dengan asbab kewangan ini mereka mampu menarik ramai lagi manusia disana memeluk Islam yang sudah pasti akan terselamat dari azab Api neraka..

Ustazah Raba’ah Adawiyah
Pensyarah Pusat Dakwah Serantau

HIBAH RAMADHAN PDS

RM8,400 of RM2 million raised
RM
Personal Info

Donation Total: RM50.00

GAMBAR PEMBINAAN PUSAT DAKWAH SERANTAU(PDS)

LOKASI PUSAT DAKWAH SERANTAU(PDS)

LIKE FACEBOOK PUSAT DAKWAH SERANTAU

SHARE PUSAT DAKWAH SERANTAU DI WALL ANDA!

Semoga Allah memberikan ganjaran berlipat kali ganda kepada tuan-puan yang share laman web yayasan amal ini di sosial media tuan/puan. 

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest