Kempen Wakaf & Hibah Di Surau Nurul Sham Jenjarom

Jenjarom : Petang ini kami bersama Ust Hafizul Husni, dalam tazkirah santai sebelum berbuka di surau Nurul Sham, Jalan Kebun Baru, Jenjarom.

Ust hafizul kongsikan tentang 4 Anugerah yang membahagikan berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud, “Empat perkara yang jika dianugerahkan kepada seseorang, maka sungguh ia telah dianugerahkan kebaikan dunia dan akhirat, iaitu :
1) Lidah yang berdzikir
2) Hati yang bersyukur,
3) Tubuh yang sabar atas ujian dan
4) Isteri solehah yang tidak berkeinginan mengkhianati suaminya baik terhadap dirinya mahupun harta suaminya.” (HR. Tirmidzi).

Meriah suasana kemasyarakatan di kampung ini, jelas kelihatan suasana harmoni dan ntolong menolong dan penduduk kampung yang cukup mesra.

Alhamdulillah booth waqaf kami juga meriah dikunjungi jamaah disini untuk berwaqaf buat diri dan arwah ibu ayah yang tercinta.

Insya Allah esok kami akan terus bergerak diseluruh surau dan masjid bagi menggerakkan dana pembangunan waqaf untukpembangunan Kompleks Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia. Doakan kami ya.

Pihak pengurusan Yayasan Amal Malaysia sedang berusaha membangunkan kampus induk, sebuah kompleks di atas tanah berkeluasan 5 ekar di Kampung Labohan Dagang, Banting.

Kami ingin menjemput tuan-puan yang budiman untuk bersama memberi sumbangan hibah tanah (membeli tanah PDS dan menghadiahkan kembali kepada Yayasan Amal Malaysia yang menguruskan Pusat Dakwah Serantau)

Klik link di sini untuk maklumat lanjut mengenai Hibah Tanah –
https://www.amalmalaysia.org.my/kompleks-pusat-dakwah-serantau-regional-dawah-centre/

Booth di Surau Nurul Sham Jenjarom

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *