Ziarah Dakwah Belantara di KOA Jei, Sg Siput: Usaha Mendampingi Masyarakat Orang Asli

SUNGAI SIPUT, 30 DISEMBER 2024 – Program Ziarah Dakwah Belantara yang dianjurkan di Kampung Orang Asli (KOA) Jei, Sungai Siput telah berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan hasil kolaborasi antara pihak penganjur tempatan dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Perak.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan dengan masyarakat Orang Asli sambil mengeratkan ukhuwah dan bantuan keperluan asas. Aktiviti yang dijalankan meliputi sesi pengisian ilmu, menyantuni penduduk kampung serta penyampaian sumbangan barangan keperluan harian.

Sebanyak 30 pek sumbangan telah diagihkan kepada penduduk kampung oleh Yang Berhormat Tuan Hj Hussin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia, bersama beberapa pihak yang turut hadir bagi menyokong program ini.

Pendekatan ini diharapkan dapat mempertingkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat setempat di samping membina silaturrahim yang erat.

Tuan Presiden Yayaysan Amal Malaysia menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap usaha sebegini akan diteruskan di masa hadapan demi memperkasa pembangunan spiritual dan sosial masyarakat Orang Asli.

#BerAmalKeranaAllah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *