Setelah berlangsung selama 3 hari 2 malam, Pemukiman Amalnita 2024 melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan dan semangat baru.
Program ini diakhiri dengan dua sesi penting, iaitu pemilihan carta organisasi baharu dan majlis penutup.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YB. Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali DSDK. AMK, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan & Kesejahteraan Masyarakat Negeri Kedah. Dalam ucapannya, beliau memetik firman Allah SWT:
“وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ”
(Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. [Surah Al-Maidah: 2].
Kredit laporan: Yayasan Amal Malaysia cawangan Kelantan, 29 Disember 2024.