23 Disember 2024, Isnin – Yayasan Amal Malaysia dengan jayanya telah mengadakan Retreat Divisyen Outreach di Dewan Utama HQ dengan kehadiran wakil divisyen dari setiap cawangan negeri.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tuan Hj Hussin Ismail yang menyampaikan ucapa penuh inspirasi mengenai misi dan visi organisasi secara keseluruhan. Sesi pagi diteruskan dengan pembentangan halatuju Outreach Yayasan Amal Malaysia, yang menekankan strategi dan perancangan masa depan.
Program diakhiri dengan sesi resolusi di mana beberapa keputusan penting telah dicapai untuk memperkukuhkan usaha Outreach Yayasan Amal Malaysia.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada yang lebih besar di masa akan datang. Insha’Allah.