Tenaga Solar Terangi Kampung Salangan

Pulau Banggi, 14 Disember 2024 – Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah dengan kerjasama sekumpulan pelajar Politeknik Kota Kinabalu berjaya melaksanakan program Energy4Life di Kampung Salangan, Kudat, Pulau Banggi.

Program ini melibatkan aktiviti pemasangan sistem solar di semua rumah di kampung tersebut sekaligus memberi manfaat besar kepada penduduk yang sebelum ini berhadapan dengan cabaran akses kepada bekalan elektrik. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat dan menyokong pembangunan sosioekonomi melalui sumber tenaga yang lebih lestari.

Menurut wakil Yayasan Amal Malaysia, program ini bukan sahaja melibatkan pemasangan solar, malah turut memberi peluang kepada pelajar Politeknik Kota Kinabalu untuk mendalami keperluan masyarakat pedalaman serta menerapkan nilai tanggungjawab sosial.

Penduduk Kampung Salangan kelihatan gembira, lega dan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas usaha ini yang membawa perubahan bermakna kepada kehidupan mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *