Khatan Percuma di Pulau Banggi

Pulau Banggi, Kudat, Sabah – Misi Ziarah Perdana anjuran Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Pusat dan Amal Doctor telah berjaya dilaksanakan pada 11 Disember hingga 14 Disember 2024 baru-baru ini. Program ini memfokuskan kepada usaha khidmat masyarakat, termasuk program khatan percuma yang diadakan di dua lokasi utama, iaitu Kampung Salangan dan Kampung Timbang Dayang.
Misi ini bertujuan membantu komuniti pedalaman dengan menyediakan perkhidmatan perubatan dan sosial, khususnya kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Sepanjang misi, 81 kanak-kanak dan orang dewasa telah berjaya menjalani khatan secara percuma dengan bantuan pasukan perubatan sukarela. 
Ketua misi, dalam ucapannya, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk penduduk tempatan yang memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Misi ini turut menyaksikan sambutan hangat daripada komuniti setempat, yang melihat usaha ini sebagai langkah murni dalam membantu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat pedalaman.
Program sebegini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan hubungan ukhuwah dan memberikan impak positif kepada komuniti di kawasan terpencil seperti Pulau Banggi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *