14 Oktober 2024 – Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah telah mengadakan Misi Ziarah Mahabbah ke Kepulauan Daik di Lingga, Indonesia. Objektif utama misi ini ialah untuk mengagihkan 1000 buah Mushaf Al-Quran dan 500 Iqra’ yang telah diwakafkan oleh orang ramai.
Disamping itu, beberapa aktiviti lain turut diadakan sepanjang misi ini antaranya agihan pek makanan asas kepada penduduk asnaf di sana yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan dan petani. Harapan kami dengan bantuan pek makanan asas ini dapat mengurangkan beban penduduk asnaf di kepulauan tersebut.
Yayasan Amal Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian Agama (KEMENAG) Lingga, Drs H Erman, Kepala Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS) Lingga, Bapak Roslan, Ustaz Muhammad Solihin Ghazi dari Kantor Bupati, Lingga serta anakanda Bilal yang datang dari Batam untuk kerjasama bagi menjayakan program ini.
Seeru ‘ala Barakatillah.