Yayasan Amal Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli parlimen ahli dewan undangan negeri yang telah memenangi pilihanraya.
Laksanakanlah tanggungjawab dengan berhemat, amanah serta adil tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan perbezaan ideologi politik.
Amanah bukanlah satu hadiah melainkan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di Yaumul Qiamah.
Semoga harapan, tekad dan iltizam kita semua diiringi redha dan restu dari Allah S.W.T. Amiin.
Dialah juga sebaik-baik sandaran dan penolong.
Harum mewangi bunga di para,
Disusun tinggi di alas bata,
Perpaduan rakyat agenda negara,
Kesejahteraan dikongsi rakyat jelata.
Selamat bekerja pemimpin negara! Ayuh kita bersama membina Malaysia!
Yayasan Amal Malaysia
15 Ogos 2023