Akhiri Syawal dengan Mengeratkan Ukhwah Semuslim

Alhamdulillah. Akhir Syawal 2023. Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Borderless Humanity dan HIKMAH menganjurkan Ramah Tamah Aidilfitri bersama keluarga Iban Muslim kawasan di Pedalaman 1 di Rumah Panjang Gayau, Sri Aman, Sarawak.

Kehadiran telah disambut baik oleh Tuai Rumah iaitu En. Abdul Taib Tibu B Abdullah serta 28 buah keluarga dri 10 buah pintu keluarga di sana.

Tujuan program bagi menyampaikan bantuan foodpack (Bakul Amal), perkongsian tazkirah dari aktivis iaitu Ustaz Aizat serta sedikit jamuan bagi mengeratkan silaturrahim antara NGO dan penduduk rumah panjang muslim.

Semoga sumbangan Tuan/Puan yang menjayakan program ini diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *