Mengikut status laman web rasmi Pusat Darah Negara yang dikemaskini pada 17 Februari 2023, bekalan darah di Malaysia berada di paras selamat. Namun begitu kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya berlaku setiap hari dan juga kemalangan di persekitaran kita seperti kemalangan semasa bekerja ataupun di rumah berlaku sepanjang masa. Oleh itu amatlah penting agar bekalan darah di Malaysia sentiasa di paras selamat agar dapat menampung keperluan semasa.
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor peka akan kepentingan memastikan bekalan darah di Pusat Darah Negara sentiasa di paras selamat dengan menganjurkan Program Mobile Derma bersama Jabatan Perubatan Tranfusi Darah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dengan kerjasama 23 masjid-masjid negeri Selangor. Program ini dianjurkan bermula 24 Mac 2023 sehingga 19 April 2023. Program ini telah berjaya menghasilkan lebih daripada 800 beg darah untuk dihantar dan diproses di Pusat Darah Negara.
Yayasan AMAL Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada 23 masjid yang sudi berkerah tenaga bagi menjayakan program ini. 23 masjid yang terlibat merupakan:
1. Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor
2. Masjid At-Taqwa Bukit Kapar
3. Masjid Kristal Seksyen 7 Shah Alam
4. Masjid Bandar Diraja Klang
5. Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong
6. Masjid At-Taqwa Banting
7. Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz, Shah Alam
8.Masjid As-Syarif Meru
9.Masjid Jamek Sultan Hishamudin Pekan Sabak
10. Masjid Al Hidayah Kelana Jaya
11. Masjid Al Falah Jalan Kebun
12. Masjid Kg Salak Tinggi Sepang
13. Masjid Nurul Muttaqin Sg Udang
14. Masjid Puncak Alam
15. Masjid Al Islah Kg Sementa Kapar
16. Masjid Kg Raja Uda P/Klang
17. Masjid Ar-Raudhah Puncak Perdana
18. Masjid Nurul Amin Kg Delek
19. Masjid Taman Padu Permai Sungai Besar.
20. Masjid Ar Raudhah Sungai Kelambu Banting
21. Masjid Kg Perepat Kapar
22. Masjid Ahmadi Kg Rantau Panjang Klang
23. Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang
Disediakan oleh: Yayasan AMAL Malaysia