Cakna Mahabbah Ramadan x Bakul Amal Sarawak

Program Bakul Amal Sarawak Ramadan yang diadakan dengan kerjasama PEKDIS Sri Aman & Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman telah berlangsung dari 15 – 16 April 2023 yang lepas. Program ini turut melibatkan Yayasan Amal HQ bersama cawangan Sarawak, Johor & Kedah.

Bantuan kali ini disasarkan kepada keluarga pelajar asnaf di sekitar daerah Engkilili & Lubok Antu juga kepada Saudara Baru Kampung Merindun.

Program bermula dengan Majlis Sungkei (Berbuka Puasa) bersama 21 buah keluarga saudara baru di Kg Merindun, Lubok Antu, Sarawak. Disambung dengan Solat Maghrib, Isyak serta Taraweh secara berjemaah bersama penduduk kampung.  Setelah selesai taraweh, terus disambung dengan Majlis penyampaian sumbangan kepada 21 buah keluarga & 27 orang pelajar sekolah yang bersekolah di sekitar daerah Lubok Antu. Bantuan berbentuk Foodpack, Kuih Raya, Kurma serta Duit Raya keluarga dan Anak-anak.

Program disambung dengan Qiyam bersama penduduk Kg. Melayu Engkilili & Singgah Sahur bersama keluarga Asnaf Fakir Miskin di Engkilili & Lubok Antu. Bantuan diberikan kepada 6 buah keluarga ini berbentuk Foodpack, Kuih Raya, Pakaian Raya, serta Duit Raya keluarga dan anak – anak.

Yayasan Amal Malaysia sempat juga singgah di Kg Hilir Sri Aman untuk menziarahi & menyampaikan sumbangan kepada Pakcik Ali yg tinggal di rumah kedai yang sempit ruangannya berseorangan tanpa keluarga. Beliau merupakan warga emas OKU berumur 75 Tahun.

Terima Kasih diucapkan kepada semua penyumbang & penggerak yg menjayakan program ni.. semoga anda semua dikurniakan rezeki yang berlimpahan serta dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *