Warkah Buat “Nene” di Bumi Turkiye

Assalamualaikum w.b.t,

Khusus buat Nene Maizon.

Memang tak salahlah mendapat jolokan ikon relawan AMAL, dengan tidaklah pulih sepenuh dari keuzuran yang umumnya maklum, beserta umurnya yang diiktiraf tuhan, jiwa relawannya terus membara, berbekal tongkat dan sesekali berkerusi roda, menurun lembah dan sesekali memanjat tangga d tingkat dua, semua direntasi dengan wajah bersemangat dan penuh mesra, diiringi banyak berjenaka.

Ya Nene Maizon.

Kau memang relawan berjiwa remaja, bersemangat perwira, (disiplin tentera). Engkau membakar jiwa anak muda dan golongan senior yang juga lanjut usia. Berhati pemurah, menyumbang saja dimana peluang terbuka. Malu kami yang lebih muda walaupun juga sana tua.
.

Ya memang tak banyak dapat Nene Maizon menyumbang tenaga tetapi hadir menginspirasi anggota serombongan tapi disambut penuh hormat dan gembira warga mangsa gempa dan warga tempatan (Kahramanmaras dan Hatay) yang sedang menerima musibah berjiwa luka.
.
Nene Maizon (nene ertinya Nenek dlm bahasa Turkiye), walau bermakna ‘tua’ tapi ianya memberi makna istimewa penuh penghormatan, kehebatan dan kemuliaan.
Engkau Berbakti dibumi Antakya berjiwa Habibun Najjar, mengalpa kan lemah diri demi perjuangan Kebajikan tanpa sempadan

Nene Maizon, engkau ikon relawan AMAL

Semoga misi yang menggabungkan banyak pihak dlm satu pasukan kali ini membuahkan natijah terbaik, memuncakkan sangka baik dan sedia berintegrasi dan kolaborasi, kenangan manis dan memperkayakan pengalaman semata-semata mencari barokah dan redha Allah.
.
Segala kekurangan sama dilengkapi, segala kesilapan, kesalahan, dan keterlanjuran sama dimaafi, anggap ianya suatu gurauan mengukuh persaudaraan.

.

Buat anakanda di perantauan Muaz, Danial dan Mateen, anggaplah ini suatu peluang pengajian yang tidak mungkin dikutip didewan kuliah dan syarahan. Buat bekal perjuangan yang masih panjang.

Siiru ala barokatillah
Insya Allah diberkati Amal mu oleh Tuhan sepanjang hayat.

Nukilan dari Hati

Ayahanda Presiden buat Ikon Relawan Yayasan Amal Malaysia

2.27 pagi,
Dalam penerbangan Qatar Airways.
Ketika dalam perjalanan pulang dari medan Hataydan Kahramanmaras, Turkiye.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *