Jelajah 6 Hari Bakul Amal di Negeri Sarawak

Tanggal 23 hingga 28 November 2022, Yayasan Amal Malaysia & Pusat Dakwah Serantau dengan kerjasama dari NGO Yayasan EZ Prihatin serta Dakwah Backpackers Malaysia telah berjaya menunaikan amanah sumbangan orang ramai untuk program Bakul Amal Sarawak x Jelajah Kita Kongsi Sarawak di 6 buah lokasi iaitu :

1) Long Busang
2) Pusa
3) Lingga
4) Lubok Antu
5) Engkilili
6) Serian

Gabungan program ini telah menyampaikan bantuan berbentuk 375 pek Foodbank bernilai Rm100 setiap satunya yang dapat memberi manfaat kepada 375 buah keluarga.

Para anggota misi kebajikan ini sempat juga melawat beberapa kawasan/rumah yang amat memerlukan bantuan pembaikpulihan seperti surau, rumah asnaf serta sekolah yang agak usang.

Memetik ucapan Ustaz Mohd Amri Ali selaku wakil Yayasan Amal Malaysia, beliau amat mengalu – alukan mana – mana pihak yang sudi tampil berkerjasama menjalankan misi kebajikan di bumi Kenyalang itu kerana potensi dakwah. Beliau juga berterima kasih dengan pihak EZ Prihatin dan Dakwah Backpackers Malaysia kerana dapat menjayakan program seperti ini.

InsyaAllah projek Bakul Amal Sarawak ini akan berterusan sepanjang masa supaya  lebih ramai lagi masyarakat muslim/non muslim di kawasan luar bandar serta pedalaman di Sarawak dapat dibantu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *