Berkongsi Rezeki Bersama Anak – Anak Muslim di Kemboja

Permusafiran kali ini pada 5 hingga 9 September 2022 yang lepas mempertemukan kami  dengan 7 orang pelajar lepasan Pusat Dakwah Serantau (PDS) , Yayasan Amal Malaysia di bumi Kemboja. Mereka menetap di wilayah Kratie dan wilayah Tbong Kmoun.

3 daripada 25 wilayah di Cambodia didiami oleh ramai umat Islam ialah Tbong Kmoun, Kampong Champ dan Kratie.

Alhamdulillah sebahagian daripada mereka masih lagi menjadi daie dilapangan. Mengajar fardhu ain, mengaji quran dan menjadi imam disamping melaksanakan pekerjaan harian mereka menyara keluarga.

Sekurang-kurangnya didikan Islam dan kepimpinan pendakwah yang mereka jalani selama setahun setengah di PDS menjadi benteng dan panduan kepada mereka untuk menjadi individu muslim yang baik dan pemimpin keluarga yang bertanggungjawab.

Selepas 7 tahun (2016) menjejakkan kaki di bumi ini, kemudahan asas semakin baik. Kampung Tropeang Benk yang dahulu tiada jalan, bekalan elektrik dan air kini telah ada. Namun majoriti penduduk kampung masih dibawah paras kemiskinan. Mereka menjadi petani menanam pokok gajus, padi dan tanaman kontan yang lain.

Faktor iklim menyebabkan tanaman padi hanya boleh dilaksanakan sekali setahun. Namun kelebihan mereka padi ditanam untuk kegunaan sendiri dan beras masih dijual dengan harga murah. Masih selamat daripada sekuriti makanan, ancaman kebuluran.

Antara masalah utama mereka seperti yang juga dialami oleh petani Malaysia ialah kenaikan berlipat ganda harga baja, racun dan benih. Lebih parah harga jualan pukal ditetapkan oleh Vietnam. Margin keuntungan yang semakin menipis menyebabkan mereka kehilangan kuasa membeli. Terus digigit kemiskinan.

Geopolitik Kemboja yang rencam dan pertumbuhan ekonomi yang tidak sekata antara wilayah menyebabkan peluang pekerjaan amat terhad. Anak muda ramai yang menganggur. Mereka ingin berhijrah ke negara lain untuk survival kehidupan.

Saya pun bukanlah tiada kerja cari kerja, fikirkan masalah negara orang. Kita pun susah sekarang kenapa hendak bebankan lagi dengan kesusahan orang lain?

Betul. Namun kita juga punyai tanggungjawab sesama muslim. Khususnya muslim serantau. Kalau kita susah mereka lebih susah. Sekurangya kita mendengar masalah mereka dan bantu sekadar mampu. Ukhwah tanpa sempadan, kemanusiaan rentas sempadan.

Survival asas umat adalah pegangan akidah dan penyatuan ummah.
Umat Islam akan terus bangkit selagi punyai jatidiri Islam yang murni dan penyatuan ummah. Isu ranting pegangan mazhab dan amalan ibadah harian elak diperbesarkan hingga berpecah.

Ya, umat Islam di seluruh dunia akan terus ditekan secara langsung dan tidak langsung. Elakkan penting diri sendiri dan kelompok tertentu. Umat Islam dimangsakan dengan amalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa.

Kitalah yang perlu bangkit mempertahankan ummah.

Norazman Ishak
Amal Kongsi Rezeki Kemboja.
5 – 9 September 2022.

#BeramalKeranaAllah
#BerkhidmatUntukKemanusiaan 







Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *