Program Energy 4Life telah dilaksanakan kali ketiga di Pulau Banggi, Kudat, Sabah pada 1 September 2022 lepas dan kali ini kami diamanahkan untuk menguruskan sebanyak 12 buah set solar.
Lokasi utama misi kali ini ialah di Kampung Maligu di mana kemudahan elektrik tidak dibekalkan. Penduduk di sini hanya mengharapkan cahaya dari lampu minyak tanah sebagai sumber tenaga utama.
Kami dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan program ini. Semoga lebih ramai lagi yang dibantu agar mereka tidak lagi bergelap di waktu malam.
Salurkan sumbangan ke akaun :
Maybank Yayasan Amal Malaysia Sabah (5602 1405 8559)