Sebuah Lagi Tadika Amal Didirikan di Sabah

Pendidikan merupakan aset utama bagi setiap insan. Demi merealisasikan objektif ini, Alhamdulillah sebuah tadika lagi berjaya didirikan. Kali ini bertempat di Kampung Kunak Jaya, Kunak, Sabah yang dibina hasil daripada sumbangan orang ramai.

Majlis perasmian tadika diadakan pada 13 Julai 2022 dan turut dihadiri oleh Ybrs. Ketua Kampung Kunak Jaya Laut dan juga Pengerusi Masjid. Sebagai permulaan, tadika ini akan beroperasi di masjid.

Seramai 41 orang pelajar berjaya didaftarkan. iaitu  18 orang pelajar lelaki dan 23 orang pelajar perempuan. Daieyah Junaida Basel dan Daieah Zulaikah yang kedua – duanya merupakan alumni Pusat Dakwah Serantau akan jadi tenaga pengajar sepenuhnya disini.

InsyaAllah dengan wujudnya Tadika Amal ini nanti anak-anak yang tinggal dikampung ini tidak lagi tercicir daripada arus pendidikan. Dalam masa yang sama ia akan menyuburkan lagi usaha dakwah dan kebajikan khususnya di kawasan tersebut. 



WhatsApp Image 2022-07-14 at 7.21.42 AM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *