Nilai Amanah Dalam Sebuah Beg Hijau

Penggunaan bekas makanan (tupperware) menggantikan tapaw box biasa jenis pakai buang dapat menjimatkan kos bulanan lebih kurang RM8000 pada setiap bulan. Sehingga hari ini, seramai 300 orang rakan jalanan, muallaf dan asnaf telah mendaftar bagi mendapatkan green bag untuk mendapatkan makanan percuma di Warung Makan Sahabat (WMS).

Setiap hari, makanan akan dimasukkan ke dalam bekas makanan. Selepas selesai makan, mereka akan membasuh semula bekas makanan tersebut, dan esoknya diletakkan semula di WMS untuk petugas memasukkan makanan pada jam 10 pagi.

Mereka yang menjual, menghilangkan atau merosakkan bekas tersebut akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk mendapatkan semula beg hijau dan bekas makanan baru.

Kempen ini dilancarkan demi ;-

  • Mendisiplinkan diri supaya mengambil dan menghantar bekas makanan ke warung pada masa yang ditetapkan.
  • Mendidik diri menjaga amanah (beg hijau) dengan sebaik mungkin. Bayaran itu hanyalah sebagai ingatan agar mereka menjaga amanah dengan sebaiknya.
  • Sebagai usaha untuk menjaga kelestarian alam sekitar, bersih dari sebarang bekas makanan.
  • Mendisiplinkan diri supaya mencuci bekas makanan dengan baik. Jika masih kotor, petugas WMS akan mencucinya sekali lagi.
  • Kempen ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat penerima sumbangan makanan. Data ini dapat mengenalpasti jantina, bangsa dan agama.

Doakan semoga mereka dan kita semua terus diberi kekuatan melaksanakan amanah yang diberikan. Aminn.

Disediakan oleh :

Ustaz Mohd Khairul Azman Md Daud, Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *