11 buah rumah penduduk dan satu buah surau di Kampung Tinanduk, Nabawan, Sabah telah menerima sumbangan dan khidmat pemasangan sistem solar di rumah masing – masing pada 8 Jun yang lepas. Kampung ini terletak hampir 300km dari Kota Kinabalu dengan tempoh perjalanan selama 8 jam.
Sumbangan telah disampaikan oleh pasukan relawan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah yang bergotong – royong bersama penduduk tempatan untuk memasang peralatan.
Bercakap mengenai perkara itu, Ust Mohd Ridhuan Othman, Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah berkata, aktiviti sumbangan sistem solar ini merupakan antara aktiviti kebajikan utama kepada masyarakat pedalaman Sabah yang mana ia adalah hasil sumbangan daripada badan korporat dan orang awam.
Penduduk kampung menyatakan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan yang disampaikan dan mengharapkan agar kebajikan mereka terus diutamakan tidak kira daripada mana – mana pihak.