YAB Menteri Besar Kedah Rasmi Wisma Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah

26 Mei 2022, Sungai Petani.  Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah telah mencatatkan satu lembaran sejarah yang baru apabila Menteri Besar Kedah sendiri iaitu YAB Dato’ Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor telah  merasmikan pejabat mereka dalam satu majlis yang diturut diadakan serentak dengan sambutan Aidilfitri.

Majlis ini telah dihadiri oleh barisan kepimpinan Yayasan Amal Malaysia daripada seluruh negara dan juga para Relawan Amal khususnya daripada utara tanah air. Beberapa tokoh dakwah dan asatizah tanah air juga turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah, Hj Zulkifli Baharom dalam ucapan awalnya mengalu – alukan kehadiran para relawan dan menyatakan kesiapsediaan Cawangan Kedah untuk berkolaborasi dengan mana – mana pihak demi tujuan dakwah dan kebajikan. 

YAB Menteri Besar Kedah pula dalam ucapan beliau amat menghargai dan mengiktiraf peranan Yayasan Amal Malaysia  yang proaktif menyampaikan bantuan dan khidmat kemanusiaan khususnya dalam negeri Kedah.  Beliau juga meluahkan rasa keterujaan untuk terus menjalin kerjasama dengan Yayasan Amal Malaysia dalam melahirkan modal insan yang yang berjati diri dan berakhlak tinggi dalam negeri jelapang padi itu.

Sepanjang majlis perasmian ini, beberapa aktiviti lain turut diadakan antaranya persembahan qasidah, penyampaian anugerah relawan, penyampaian sumbangan kepada beberapa organisasi dan institusi pendidikan. Perasmian ambulan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah juga turut disempurnakan yang menandakan simbolik khidmat kebajikan kesihatan yang akan dijalankan.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *