Kerjasama Erat Waqaf Annur & YAPEIM dengan Yayasan Amal Malaysia Untuk Bantu Mereka Yang Memerlukan

Tarikh 1 November 2021 merakamkan peristiwa penting bagi Yayasan Amal Malaysia dengan berlangsungnya Majlis Pelancaran Rak Amal Kongsi Rezeki bersama rakan kerjasama Waqaf Annur Corporation dan YAPEIM di Pasir Gudang, Johor.
 
Majlis pelancaran ini adalah sebagai simbolik kepada perjalanan projek food basket anjuran Yayasan Amal Malaysia di Johor yang bertujuan membantu masyarakat yang terputus bekalan barangan keperluan asas. Barangan asas ini pula didapati daripada masyarakat tempatan yang membeli belah di kedai runcit terpilih dan lebihan pembelian mereka disumbangkan sedikit di rak yang disediakan untuk diambil oleh mereka yang amat memerlukan.
 
Majlis ini telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Mohd Redza Shah Abd Wahid selaku Pengerusi YAPEIM dan Ketua Pegawai Eksekutif Waqaf Annur Corporation, Tuan Haji Bukhari Abd Rahman bersama barisan kepimpinan Yayasan Amal Malaysia. Turut diadakan dalam majlis tersebut adalah penyampaian sumbangan kepada penerima bantuan yang hadir.
 
Projek Rak Amal Kongsi Rezeki adalah merupakan salah satu inisiatif yang digerakkan oleh Yayasan Amal Malaysia dengan menggunakan konsep Food Bank  bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid 19. Projek ini dijalankan dengan kerjasama kedai – kedai runcit muslim, badan korporat serta pelbagai pihak yang ingin turut serta. Sehingga kini terdapat hampir 200 rak Amal Kongsi Rezeki di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *