Delegasi Relawan AMAL Bermusafir Sebulan ke Chad & Cameroon, Pantau Pembinaan Masjid Pertama Malaysia

Setelah melalui pelbagai proses, akhirnya Yayasan Amal Malaysia dapat juga menghantar delegasi relawan ke negara Chad dan Cameroon pada 21 Oktober 2021 jam 11 malam.
 
Seramai 3 orang yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini iaitu Hj. Zulkifli Baharom, Ustaz Suhaimi Abdul Jalil dan Ustaz Abdul Salam, warga Chad yang bermastautin di Malaysia.
 
Tujuan misi ini sangat besar iaitu memantau dan merasmikan masjid pertama Malaysia di Chad yang telah bermula pembinaanya sejak bulan Julai yang lepas di samping menjalankan pelbagai aktiviti khidmat kemasyarakatan bersama rakyat tempatan Chad dan Cameroon.
 
Dana sumbangan masjid di Chad telah dilancarkan kepada  pada 14 Jun 2021 dan dalam masa kurang seminggu, kutipan telah mencapai hampir RM 700 ribu. Sehingga kini, kutipan keseluruhan  telah mencecah hampir RM 2 Juta.
 
Doakan semoga delegasi kami selamat tiba ke destinasi di Chad. Mudah – mudahan usaha ini memberi manfaat yang lebih baik kepada umat Islam di Chad untuk menunaikan ibadah solat dan menyebarkan kefahaman Islam di sana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *