Banjir Kilat di Kinarut, Amal Sabah Hulur Bantuan

Hujan lebat yang melanda Sabah pada 20 September 2021 lepas menyebabkan air naik di beberapa kawasan. Kg. Labak, Kinarut dan sekitarnya antara kampung yang sangat terjejas.
 
Lebih kurang 150 keluarga terlibat dengan banjir lumpur yang melanda di kampung tersebut. Banyak perabot dan peralatan elektrik rosak akibat banjir tersebut. Pakaian dan keperluan diri yang lain turut musnah dibawa arus air yang deras. Bekalan elektrik dan air terputus serta beberapa jambatan telah rosak dan tidak boleh dilalui.
 
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah tampil memberi sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Sumbangan air minuman, selimut dan pakaian terpakai telah diserahkan kepada pihak pengurusan mangsa banjir di sini, baru-baru ini.
 
Barang-barang sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Ust Rapihi Derim kepada ketua kampung, En. Filix dalam satu majlis ringkas petang tadi.
Terima kasih kepada pelbagai pihak dan individu yang telah memberi sumbangan khusus untuk membantu mangsa yang terlibat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *