Pelakon Adam Corrie Dan YB Senator Ustazah Asmak Hussin Ziarah Warung Makan Sahabat, Sudi Bantu Para Saudara Baru

Saban waktu sejak penubuhan Warung Makan Sahabat (WMS)  hampir setahun yang lepas, ramai individu mahupun organisasi yang pelbagai latarbelakang telah mengunjungi pusat komuniti di Chow Kit, KL ini. Tujuan mereka tidak lain tidak bukan adalah untuk sama – sama membantu komuniti rakan jalanan ini ke arah menjadi insan yang lebih baik.

Kali ini pada 20 September 2021 yang lepas, WMS telah dikunjungi oleh Sdr. Adam Corrie, pelakon terkenal yang mewakili NGO Kembara Iman, YB Senator Ustazah Asmak Hussin dan suami serta Puan Umie daripada MAIWP. Mereka hadir untuk mengenali lebih lanjut tentang peranan WMS dalam usaha berdakwah kepada komuniti rakan jalanan. Alhamdulillah mereka sudi bekerjasama untuk membantu saudara – saudara baru yang telah memeluk Islam di WMS ini.

Gembira bukan kepalang kami apabila ramai pihak NGO dan NGI sudi membantu para saudara baru yang telah menerima hidayah Islam asbab daripada WMS ini. Kami amat mengalu – alukan mana – mana pihak yang sudi untuk membantu dan bekerjasama menyebarkan dakwah kasih sayang kepada masyarakat sekitar.

WMS adalah pusat komuniti untuk rakan jalanan (gelandangan & miskin bandar Kuala Lumpur) kelolaan Yayasan Amal Malaysia Caw. Wilayah Persekutuan dan rakan – rakan NGO  yang menyediakan makanan tengahari percuma dan kelas – kelas peningkatan kemahiran termasuklah fardu ain setiap hari kepada komuniti rakan jalanan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *