Simpati dan empati. Dua perkataan yang bunyinya hampir sama. Tetapi dua perkataan tersebut membawa maksud yang berlainan.
Misalnya, melihat orang yang berada dalam kesusahan, setiap orang daripada kita akan merasa kasihan. Rasa kasihan itu merupakan sifat simpati. Tidak semua orang ada niat untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. Manakala, sifat empati membawa maksud rasa tersebut disusuli dengan keinginan untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Sifat empati ini harus dipupuk dalam diri sejak zaman kanak-kanak.
Ringkasnya, empati adalah kemampuan untuk memahami apa yang dirasakan oleh orang lain, dari sudut pandang tersebut, dapat membayangkan diri sendiri berada di situasi yang bermasalah itu. Kemudian sama-sama mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi. Empati merupakan perkara penting untuk menjaga hubungan sesama manusia.
Ciri-ciri empati:
Terdapat beberapa ciri untuk mengesan sifat empati berada dalam dalam personaliti diri. Berikut ini adalah tandanya:
Memiliki sifat ambil berat terhadap orang lai
Pendengar yang baik
Pandai memahami perasaan orang lain
Sentiasa dijadikan tempat luahan oleh orang lain
Sentiasa memikirkan perasaan orang lain
Sentiasa diminta untuk menjadi penasihat bagi masalah orang lain
Sentiasa merasa terbeban dengan masalah orang lain yang hadapi
Berusaha untuk membantu orang yang ditimpa masalah
Memiliki sifat empati yang tinggi tidak hanya memberi manfaat kepada diri sendiri, malah ianya akan terkesan kepada orang lain. Antaranya dapat membina hubungan sosial, mengawal emosi diri sendiri dan melatih personaliti yang suka tolong-menolong.
Ditulis oleh : Nurhidayah Rossli, FSSK, UKM