Derma rakyat Malaysia melalui Yayasan Amal Malaysia disampaikan oleh CGM di Gaza

Alhamdulillah  perkembangan yang sangat baik diterima daripada bumi Palestin setakat 16 Ogos 2021. Sebahagian besar sumbangan para penyumbang telah pun disalurkan kepada saudara seakidah kita di Gaza, Palestin berupa bantuan alatan perubatan, bantuan pembedahan kecil, sumbangan kepada para balu syuhada’ dan juga sumbangan pek makanan. Sumbangan bernilai RM200,000 disalurkan melalui bantuan NGO Cinta Gaza Malaysia (CGM) terus kepada masyarakat yang memerlukan di Palestin.

Gembira tak terkata bila kami melihat riak wajah ceria saudara – saudara di Palestin yang menerima sumbangan ini. Semuanya adalah daripada sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan kolaborasi di Gaza, Ustaz Nadir Al Nuri dan Cinta Gaza Malaysia yang menjayakan kerjasama ini. Mudah – mudahan kita semua sentiasa dinaungi rahmat Allah swt.

Amin ya rabbal A’lamin

HAJI HUSSIN BIN ISMAIL

Presiden, Yayasan Amal Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *