200 Penduduk Pangsapuri Kasturi Seri Permaisuri menerima sumbangan dari Yayasan Amal Malaysia

Yayasan Amal Malaysia telah menyerahkan sumbangan bahan mentah dan bahan basah  kepada penduduk Pangsapuri Kasturi yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID 19 ini. Usaha ini dibuat adalah untuk meringankan beban buat penduduk yang terkesan  dari sudut  pendapatan ekoran pandemik COVID 19 ini. 

Encik Fadzil yang merupakan Pengerusi  Pangsapuri Kasturi berkata, “Seramai 60 buah keluarga yang hilang punca pendapatan sejak dari PKP terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan warga emas”. Sumbangan daripada Yayasan Amal Malaysia diterima oleh penduduk yang untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan bantuan. Bantuan yang disalurkan membabitkan bahan keperluan harian seperti beras, gula , minyak , sardin , tepung dan lain-lain.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada penyumbang dan relawan AMAL yang turut serta bersama menjayakan bantuan ini.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia (lain).” (Hadis riwayat At-Tabrani)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *