Seluruh barisan kepimpinan, ahli dan relawan Yayasan Amal Malaysia ingin merakamkan ucapan takziah dan dukacita kepada ahli keluarga Almarhum Anuardi Bin Abu Bakar, mantan Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah yang telah kembali ke pangkuan Ilahi pada 4 Ogos 2021dan juga kepada keluarga Almarhum Ustaz Mohd Fadli Yusof, pendakwah hebat di pedalaman Sabah yang telah meninggal dunia pada 5 Ogos 2021.
Kedua – duanya mempunyai jasa dan pengorbanan yang amat besar dalam lapangan dakwah dan kebajikan. Kami mendoakan semoga Allah swt mengampunkan dosa mereka, mencucuri rahmat ke atas roh kedua – dua Almarhum, menerima amal ibadah mereka dan ditempatkan mereka bersama para muttaqin.
Amin ya rabbal A’lamin
HAJI HUSSIN BIN ISMAIL
Presiden, Yayasan Amal Malaysia