PPE untuk kegunaan khas skuad pengurusan jenazah COVID 19 di Kuala Kangsar

Rekod telah menunjukkan pada hari ini jumlah kesĀ  kematian akibat COVID-19 telah mencecah lebih daripada 9,000 orang. Jenazah pula tidak kira usia sama ada bayi, muda dan tua semuanya terkesan daripada varian baru COVID 19 yang menakutkan ini.

Melihat kepada situasi genting ini, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak mengambil inisiatif untuk membantu membekalkan Set PPE bagi kegunaan skuad pengurusan Jenazah Klinik Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.

Menurut Cikgu Mohd Aman (Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak ), usaha ini bertujuan untuk membantu meringankan beban dan sokongan moral kepada frontliner yang bertungkus lumus tidak henti-henti siang malam mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan jenazah berada dalam keadaan terurus dan teratur.

Ribuan terima kasih kepada House of Siti Khadijah dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar yang turut membantu dalam menjayakan sumbangan ini. Semoga lebih ramai lagi dermawan yang budiman turut tampil memberi sokongan buat frontliner kita ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *