Masjid Pertama Yayasan Amal Malaysia Di Chad, Afrika Dalam Proses Pembinaan

Sebuah Masjid Amal Malaysia pertama akan dibina di Kampung Hidjelije yang terletak 40 kilometer dari N’Djamena, Chad, Afrika. Masjid yang berkeluasan 40 x 60 kaki itu dibina berhadapan tapak masjid asal yang berada disitu. Dapat dilihat, masjid asal yang hanya dibina menggunakan gulungan rumput kering dan batang kayu itu tidak mampu menampung jemaah yang ramai untuk menunaikan solat.

Mengambil inisiatif terbaik, pihak Yayasan Amal Malaysia telah menyalurkan dana bagi membina sebuah masjid baharu di kawasan itu. Masjid yang sudahpun berada di fasa pertama pembinaan itu mampu menampung jumlah jemaah lebih dari asal. Juga akan dibina di bahagian belakang masjid adalah sebuah khemah besar bagi menampung jemaah yang berlebihan ketika solat berjemaah diadakan seperti Solat Jumaat.

Pembinaan masjid ini juga adalah salah satu keselesaan bagi mereka penduduk Hedjelije yang ingin menunaikan solat di masjid. Hanya menggunakan tenaga bateri untuk mendapat kuasa elektrik bagi melaungkan azan menggunakan mikrofon, pembinaan baru ini juga akan memberi lebih kemudahan buat mereka, selain juga mendapat alas solat yang lebih baik, di mana sebelum ini boleh dilihat mereka hanya menggunakan tikar bagi menunaikan solat.

Sehubungan itu, anggaran pembinaan masjid ini bernilai sehingga RM300,000. Bagi mereka yang ingin turut serta menghulurkan dana buat pembinaan masjid ini, boleh hubungi Haji Zulkifli Baharom bagi info lebih lanjut di talian 019-4111000 atau salurkan sumbangan anda terus ke akaun Bank Muamalat Yayasan Amal Malaysia di 020-200-033-92717.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *