Setelah tamat Aidilfitri, pasti umat Islam sudah tidak sabar untuk kehadiran Aidiladha. Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji serta Raya Korban ini disambut dalam bulan Zulhijjah. Sinonim dengan Aidiladha adalah ibadah korban. Ini di mana mereka yang berkemampuan menumbangkan seekor atau lebih binatang seperti lembu, kerbau, kambing juga unta.
Sama seperti tahun lalu, Amal Qurban kini tampil dengan kempen Qurban yang diadakan di bumi Afrika serta bumi Asia. Antara kawasan yang terlibat adalah Sudan, Chad dan Uganda bagi Afrika. Bagi Asia pula, Cox Bazar, Pakistan, Kemboja, Mindanao dan Malaysia iaitu di Sabah & Sarawak adalah antara lokasi yang terlibat dengan Program Qurban tahun ini,
Bagaimanapun, Amal Qurban juga tampil dengan lokasi baru pada tahun ini iaitu di Gaza, Palestin. Ini adalah bertujuan bagi menyantuni mereka yang terlibat dalam serangan rejim Zionis di sana. Bagaimanapun, harga bagi Program Qurban di Gaza agak berbeza jika ingin dibandingkan dengan yang sedia ada. Bagi qurban di Gaza ini, harga bagi satu bahagian lembu ialah RM 1900.
Pasti ramai yang agak terkejut dengan harga tersebut. Bagaimanapun bagi yang kurang berkemampuan untuk menjalankannya di bumi Gaza, anda juga boleh membuat sedekah qurban Gaza denqan hanya harga RM 100 per lot. Selain itu, jumlah Qurban yang dibuat di Gaza ini adalah terhad. Jadi, bagi mereka yang berminat untuk sertai, jangan lupa ke website Amal Qurban untuk maklumat lanjut.