Warung Makan Sahabat Terus Jadi Tumpuan Komuniti Chow Kit, Rumah Didik Sahabat Bakal Ditubuhkan

Sejak pandemik Covid-19 melanda Malaysia, pelbagai perkara telah dibatal dan ditangguhkan. Antaranya adalah larangan pergerakan rentas negara dan negeri. Ini adalah bagi memutuskan rangkaian penularan wabak pandemik ini sendiri. Oleh itu dengan arahan larangan rentas itu, ia seakan memberi impak kepada pihak Yayasan Amal Malaysia bagi menjalankan pelbagai misi.

Walaubagaimanapun, disebabkan kekangan untuk merentas itu, satu inisiatif baru diwujudkan oleh Sekretariat Pengurusan Sumber Relawan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan iaitu sebuah pusat komuniti yang berfungsi sebagai One Stop Centre buat santuni para gelandangan (Rakan Jalanan) yang diberi nama Pusat Komuniti Warung Makan Sahabat. 

Sehubungan itu, Warung Makan Sahabat yang diwujudkan pada Oktober 2020 ini merupakan satu platform di mana para Relawan Amal berkhidmat untuk amal kemanusiaan. Sebagai seorang Relawan Amal berdaftar ianya penting bagi seseorang itu dikategorikan sebagai Relawan Amal Aktif supaya mempunyai kelayakan mengutip sumbangan melalui Amal Qurban.

Bagi dikategorikan sebagai Relawan Amal Aktif, seseorang itu haruslah terlibat di dalam aktiviti wajib yang telah ditetapkan iaitu khidmat masyarakat minimum selama 72 jam, kembara bersama misi Yayasan Amal Malaysia minimum 48 jam dan peningkatan kemahiran minimum 1 sesi. Bagaimanapun, bagi melengkapkan ketiga-tiga aktiviti tersebut agak sukar, satu Misi Ziarah Muhabbah telah dibuat iaitu setiap para relawan akan ke lokasi-lokasi Pelatih Pusat Dakwah Serantau berkhidmat.

Misi ini adalah sebagai ‘Fast Track Modul’ buat para relawan melengkapkan tiga aktiviti wajib tersebut. Ini kerana, Misi Ziarah Muhabbah telah merangkumi lebih dari tiga aktiviti wajib tersebut di mana tempoh misi tersebut mengambil masa 5 hingga 6 hari ke kawasan pedalaman di samping memahami gerak kerja dakwah para Pelatih Pusat Dakwah Serantau di lapangan. 

Akibat penularan wabak pandemik ini, bagaimanapun semua aktiviti ke lokasi Pelatih Pusat Dakwah Serantau yang teletak di Pedalaman Sabah dan Sarawak tersebut terpaksa dibatalkan. Dengan wujudnya Pusat Komuniti Warung Makan Sahabat ini, usaha dalam meramaikan Para Relawan Aktif berjaya disambung melalui aktiviti gotong-royong Dapur Rakyat dan khidmat komuniti kepada komuniti Chow Kit serta Rakan Jalanan.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sebarang derma kepada Warung Makan Sahabat boleh terus ke laman TOYYIBPAY WMS atau salurkan terus ke akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (Tabung Warung Makan Sahabat) di 564294325904

 

Lebih membanggakan, dengan wujudnya pusat komuniti yang terletak di Chow Kit, Kuala Lumpur ini, seramai 11 orang telah berjaya mengucap dua kalimah syahadah dan telah menjadi sebahagian dari para Relawan Amal bagi menyantuni komuniti setempat. Dengan kejayaan itu, usaha menyediakan platform buat Relawan Amal diteruskan lagi dengan mewujudkan Rumah Didik Sahabat.

Rumah Didik Sahabat ini bakal ditubuhkan untuk menjadi lokasi yang lebih baik kepada usaha pengajian dan pendidikan komuniti. Ini kerana, di Warung Makan Sahabat juga dijadikan tempat pengajian akidah, ibadah, Al-Quran, bahasa inggeris dan lain-lain. Pada waktu malam juga ianya diisi dengan para Relawan Amal yang terlibat. Dengan wujudnya Rumah Didik Sahabat ini, ianya bakal menjadi platform yang baik kepada para relawan dalam meningkatkan kemahiran dan dalam masa berkhidmat kepada masyarakat. 

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan dana dalam menubuhkan Rumah Didik Sahabat ini boleh salurkan ke akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia Caw. Persekutuan (562263559172)

Ini merupakan gambaran Rumah Didik Sahabat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *