Amal Kedah Berjaya Laksana Misi Bantuan Iftar Di Chhloung, Kratie, Cambodia.

Bila tiba sahaja bulan Ramadhan, pasti ramai orang berlumba-lumba ingin mengejar ganjaran sepanjang bulan mulia ini. Ada sahaja yang menjalankan pelbagai kempen, bersedekah dan membantu golongan-golongan yang memerlukan. Bukan itu sahaja, malahan pihak-pihak organisasi yang aktif menjalankan bantuan juga turut serta menjalankan kempen-kempen bantuan kemanusiaan membantu mereka yang memerlukan.

Jika anda tidak berkelapangan masa untuk melakukan ibadah sedekah atau apa sahaja jenis sumbangan, kami dari pihak Yayasan Amal Malaysia dengan berbesar hati menerima pelbagai sumbangan yang ingin dihulurkan bagi membantu golongan-golongan yang disebut. Kami menjadi medium perantara di antara pihak penyumbang dan menerima sumbangan.

Terbaru, pihak Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah, telah berjaya menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Kemboja. Pihak Amal Kedah telah berjaya menjalankan misi iftar bersama penduduk di Chhloung, Kratie, Kemboja pada Ramadhan kali ini. Misi yang dijalankan oleh penduduk di sana itu dapat menyatukan mereka dalam bergotong-royong menyediakan juadah berbuka dan mengagihkan makanan kepada penduduk setempat.

Sehubungan itu, pihak Amal Kedah mengalu-alukan segala bantuan terutamanya bantuan iftar dan pihak mereka akan terus menyumbang bantuan iftar terus buat saudara Islam kita di sana. Bagi mereka yang ingin turut serta dalam melakukan ibadah ini boleh terus salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam (02020010060682) Yayasan Amal Malaysia dan slip pembayaran perlu dihantar ke talian 0194111000.

Selain itu, anda juga boleh menghulurkan sumbangan melalui kempen Yayasan Amal Malaysia iatu Iftar Bungkusan Rezeki. Melalui kempen ini anda boleh memilih untuk melakukan sumbangan sama ada untuk keperluan asas ataupun juadah berbuka. Untuk info lebih lanjut anda boleh menelefon terus ke talian 01137715652 dan sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank (553010122090) Amal Iftar.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *