Sempena menyambut bulan mulia Ramadhan Al Mubarak, pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor telah mengagihkan bantuan iftar kepada 14 tempat di sekitar negeri Selangor.
Bantuan ini dilakukan bagi menjaga dan memastikan golongan-golongan memerlukan terutamanya keluarga dari golongan asnaf dan juga mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan covid-19 di Malaysia.
Antara tempat yang telah menerima bantuan ini ialah Shah Alam, Sepang, Ampang, Sg Besar, Sabak Bernam, Kuala Langat, Hulu Langat, Kapar, Batu 40 Sabak Bernam, Tanjung Karang. Pandan, Gombak dan Kota Raja.
Melalui bantuan ini, 4 item telah dipilih menjadi keutamaan kami iaitu Beras 5kg, Minyak 1kg, Tepung sebungkus dan Gula 1kg. Semua bahan ini hanya melibatkan kos sebanyak RM25 sahaja.
Bagi mereka yang berminat ingin berkongsi dan membuat amal jariah sepanjang Ramadhan ini, anda boleh salurkan terus ke akaun Bank Muamalat atas nama Yayasan Amal Malaysia cawangan Selangor di nombor akaun : 120-2000-171-171-3.