Para Daie Pusat Dakwah Serantau Mula Latihan Praktikal, Sudah Ada Penduduk Bergelar Muallaf

Pusat Dakwah Serantau di bawah kelolaan Yayasan Amal Malaysia telah melahirkan ramai para Daie yang ilmuwan. Pada bulan lepas, seramai lebih kurang 30 orang para daie telah berjaya menamatkan tempoh pembelajaran mereka selama 3 tahun di PDS.
 
Setelah tamat tempoh pembelajaran, mereka telah dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Sabah dan Sarawak. Selepas selesai bercuti rehat buat sementara, para daie ini pula akan menjalani tempoh praktikal dakwah di beberapa lokasi terpilih. Selain itu, mereka juga akan dibimbing oleh para daie senior mereka yang sudah berada di tempat tersebut. 
 
Menjalani latihan praktikal daie selama sebulan, mereka akan tinggal di surau-surau yang terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak. Ketika dalam tempoh praktikal, mereka akan menjalankan aktiviti seperti imam, bilal, mengajar fardhu Ain, mengajar kanak-kanak yang berada di tadika Amal, rawatan bekam dan syifa’ secara percuma, menyampaikan bantuan, menziarahi orang kampung, membersihkan kawasan surau dan pelbagai lagi.
 
Walaubagaimanapun, dalam hanya beberapa minggu menjalani tempoh praktikal, sentuhan para-para daie yang mesra dan menyenangkan berjaya membuatkan beberapa orang telah terbuka hijab untuk menerima Islam sebagai agama rasmi mereka. Selain Hidayah Allah SWT, para daie ini juga membantu dalam menyedarkan orang ramai tentang agama Islam itu sendiri.
 
Sehubungan itu, pihak Pusat Dakwah Serantau juga mengalukan para dermawan untuk  menghulurkan sumbangan dalam membantu para daie ini dalam menjalankan aktiviti seperti berbuka Puasa bersama golongan asnaf, muallaf dan penduduk kampung. Selain itu juga, dapat membantu para daie dalam memberi bantuan hamper barangan keperluan dapur kepada keluarga muallaf dan asnaf dan juga duit saku buat para daie ini. 
 
Para penyumbang boleh menghulurkan sumbangan terus ke akaun Bank Muamalat atas nama Pusat Dakwah Serantau-YAM, no akaun 12100001008710. Setelah melakukan transaksi, pihak kami berharap menunjukkan bukti bankslip ke talian whatsapp di 0105667528.
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *