Kenali Ramadhan & Tingkatkan Amalan Sepanjang Bulan Ini Menerusi Kempen Anjuran Amal Malaysia

Ramadhan merupakan merupakan bulan mulia khas buat umat Islam bagi meningkatkan amalan ibadah seharian. Bulan ini juga sudah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran yang hebat dan pahala berlipat kali ganda. Ketika ini lah ramai umat Islam berebut melalukan amal jariah dan sebagainya.

Bulan Ramadhan ini boleh diibaratkan seperti sebuah pasar raya yang sedang mengadakan promosi hebat, maka ramai datang berlumba-lumba merebut promosi tersebut untuk dinikmati kelak. 

Jika dilihat kembali, pelbagai ganjaran yang dijanjikan sepanjang Ramadhan ini adalah keampunan, kerahmatan, pintu-pintu syurga dibuka, dimakbulkan doa dan satu malam yang digandakan amalan pada malam itu digandakan seperti ibadah 1,000 bulan.

Tetapi tahukah anda sebenarnya Ramadhan juga dikenali dengan pelbagai nama yang disebutkan dalam hadis Rasulullah seperti bulan Sabar, bulan Al-Muawasah, dan penghulu segala bulan. 

Sehubungan itu, marilah kita meningkatkan lagi amalan dengan melakukan pelbagai amal ibadah sepanjang Ramadhan ini melalui kempen-kempen yang telah dianjurkanoleh pihak Yayasan Amal Malaysia.

Antara kempen yang dianjurkan sepanjang Ramadhan oleh pihak Amal Malaysia termasuklah Iftar Bungkusan Rezeki, Aqiqah Ramadhan, Wakaf Al-Quran, Bantuan Rohingya Ramadhan, dan Iftar Warung Makan Sahabat. Semoga dengan apa yang anda sumbangkan semoga dibalas dengan keberkatan dalam hidup.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *