Jom Ramai-Ramai Sertai Kempen Aqiqah Ramadhan Sebelum 30 April Ini!

Apa itu aqiqah? Pasti ada yang masih tidak tahu maksud sebenar aqiqah. Aqiqah menurut bahasa ialah memotong di mana asalnya di rujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi. Bagaimanapun, aqiqah mengikut Islam pula ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang baru dilahirkan.

Apabila melihat penjelasan tentang aqiqah, ibadah ini merupakan suatu tradisi yang telah diterima oleh umat Islam dengan  mengutamakan perkara-perkara tertentu. Hikmah ibadah ini diterima kerana ianya merupakan upacara yang mempamerkan kegembiraan, mensyukuri nikmat dan satu ibadah sosial.

Hukum bagi melaksanakan ibadah ini pula menurut Islam ialah sunat dan sangat-sangat digalakkan. Oleh itu, bagi keluarga yang berkemampuan, anda digalakkan melaksanakannya bertujuan demi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW sehingga ia juga akan menerima keutamaan dan pahala di sisi Allah SWT.

Sehubungan dengan itu, Amal Qurban dan Yayasan Amal Malaysia telah menganjurkan kempen Aqiqah Ramadhan Di Chad, Afrika. Permohonn jika ingin menyertai kempen Aqiqah Ramadhan ini boleh terus ke laman web amalqurban00

Pihak amal qurban juga menawarkan ibadah aqiqah yang mudah, murah dan meyakinkan mengikut binang yang pilih iaitu kambing. Bagaimanapun bagi yang ingin menyertai ibadah ini haruslah dilukan sebelum 30 April 2021. Selain itu juga, pihak kami juga menawarkan kempen wakaf Al-Quran bagi membantu golongan di sana.

Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa, “Pada zaman Jahiliyyah apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *