Amal Kedah Berjaya Agih 1000 Naskhah Al-Quran Di Chad, Afrika

Al-Quran merupakan kitab suci buat umat Islam. Ianya merupakan wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Al-Quran ini juga merupakan naskhah wajib yang ada di dalam rumah setiap umat Islam.

Sehubungan itu, pihak Yayasan Amal Malaysia tampil dengan kempen Wakaf Quran yang dibuka sepanjang tahun bagi membantu umat Islam yang memerlukannya. Wakaf Quran ini mempunyai misi tersendiri dalam membantu fakir miskin dan daif terutamanya buat muslim yang berada di pedalaman komuniti muslim di Afrika.

Bagaimanapun, pihak Amal Kedah telah berjaya mengagihkan 1000 naskhah Al-Quran di dua daerah yang berbeza di ibu kota Chad (N’djamena). Misi agihan itu dilakukan di perkampungan Am Zouwer dan Madbojak yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar madrasah tahfiz di dua perkampungan tersebut.

Misi itu merupakan satu lagi tanda kejayaan pihak Yayasan Amal dalam membantu golongan muslim yang memerlukan di sana. Selari dengan itu, bagi mereka yang ingin turut serta dalam mencari saham akhirat, anda boleh mewakafkan Quran dengan nilan RM25 senaskhah dan boleh dilakukan melalui akaun 8600296190 (CiMB) Yayasan Amal Malaysia. Sebagai pewakaf anda boleh mendaftar di www.amalqurban.com 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *