Amal Qurban & YAM Anjur Kempen Ansuran Bulanan Qurban Aqiqah Di Bumi Afrika -
YAM Kedah Terima Anugerah Khas NGO Prihatin Negeri Kedah 2020/2021
March 31, 2021
Program Sambutan Ramadhan Anjuran Amal Selangor Bantu Golongan Asnaf & Yang Terkesan Covid-19
April 2, 2021

Apakah beza Qurban dan Aqiqah? Persoalan ini kadang kala bermain difikiran orang ramai kerana kekeliruan antara dua amalan ini. Bagi mereka yang ingin mengetahui apakah definisi qurban dan aqiqah, qurban ialah hampir yang membawa maksud menghampirkan diri kepada Allah SWT dan menghidupkan syariat Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad. Aqiqah pula adalah tanda kesyukuran atas nikmat dikurniakan anak dan hukum keduanya adalah Sunat Muakkad.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (HR Ahmad & Ibnu Majah)

Selari dengan bulan Ramadhan yang hampir tiba ini, ramai yang ingin melakukan ibadah qurban dan aqiqah ini bagi membantu golongan yang memerlukan dan saudara kita yang berada di bumi lain.

Bagi mereka yang berminat tetapi mempunyai kekangan kewangan, jangan risau lagi. Ini kerana Amal Qurban dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia kini tampil dengan kaedah yang memudahkan pelbagai pihak dalam menjalani ibadah qurban dan aqiqah ini.

Kempen Ansuran Bulanan Qurban Aqiqah 2021 di bumi Afrika telah diwujudkan bagi memudahkan lagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan dalan membantu mereka yang memerlukan.

Kempen ansuran yang bermula seawal bulan Mac 2021 sehingga Julai 2021 ini menawarkan harga yang berpatutan untuk orang ramai. Ansuran yang bermula serendah RM70 itu berdasarkan pemilihan binatang yang anda inginkan. 

Bukan sahaja qurban, aqiqah juga menawarkan ansuran bulanan dalam membantu pihak di sana dengan ansuran bulanan serendah RM53.33 mengikut binatang yang dipilih berdasarkan jantina anak anda.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang berminat ingin menyertai kempen ini boleh hubungi atau WhatsApp talian Amal Qurban secara lanjut di 01135637396 atau 01111234717 atau terus ke laman web amalqurban.com manakala bayaran penyertaan boleh dimasukkan ke akaun yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *