YAM Kedah Terima Anugerah Khas NGO Prihatin Negeri Kedah 2020/2021

Yayasan Amal Malaysia merupakan antara sebuah institusi bukan kerajaan (NGO) yang dikenali ramai. Diperkenalkan sejak tahun 2001, AMAL Malaysia telah menjalankan banyak misi bantuan kemanusiaan yang membabitkan 40 negara serata dunia.

Mempunyai cawangan bagi seluruh negeri di Malaysia, pihak AMAL Malaysia juga memberi sepenuh perhatian kepada golongan yang memerlukan di serata Malaysia melalui cawangan-cawangan yang ditubuhkan setiap negeri.

Antara yang mendapat perhatian terbaru, pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah telah menerima sebuah Anugerah Khas yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Kedah, Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.

Pihak YAM Kedah telah menerima Anugerah Khas NGO Prihatin Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2020/2021 dan mereka juga menerima wang tunai sebanyak RM 3000. Sebuah majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada 31 Mac 2021 di Wisma Darul Aman Kedah.

Semoga dengan penganugerahan ini, Yayasan Amal Malaysia terus menjadi NGO pilihan utama rakyat Malaysia. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *