Jom Bersedekah Menerusi Kempen Iftar Bungkusan Rezeki Anjuran Yayasan Amal Malaysia

Amalan sedekah merupakan amalan yang paling rapat dengan Muslim. Dari kecil kita sudah diajar untuk bersedekah atau memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Amalan ini juga mendapat pulangan yang dijanjikan Allah SWT sama ada di dunia dan di akhirat.

Sejajar dengan amalan bersedekah dan menghampiri bulan Ramadhan, sudah pasti ramai yang ingin menghulurkan sumbangan dalam membantu mereka yang memerlukan. Sehubungan itu, pihak Yayasan Amal Malaysia tampil dengan kempen Iftar Bungkusan Rezeki.

Melalui kempen Bungkusan Rezeki ini, anda boleh bersedekah dengan memberikan hidangan berbuka puasa buat orang lain yang berpuasa. Selain itu juga, anda juga berpeluang bersedekah dengan melalui keperluan asas yang penitng untuk mereka yang memerlukan bagi mendapat bekalan makanan yang secukupnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Bagi mereka yang berminat ingin menghulurkan sumbangan atau bersedekah melalui kempen ini, anda boleh terus hubungi atau whatsapp di talian 011-3771 5652 untuk maklumat lanjut. Semoga Allah SWT menggantikan apa yang dikeluarkan dengan sesuatu yang lebih baik.

 

Klik poster untuk ke laman sumbangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *